Pembedahan – kesan kepada homestay

Hari Sabtu lepas, 22 Mei 2010, saya mengemas seorang diri di homestay. Perut terasa sakit di sebelah kanan. Usai solat Asar, saya bertolak pulang ke USM dan singgah di Klinik Aman.

“You kena terus pergi hospital,” kata doktor.
“Esok pagi boleh?” Saya cuba menangguh.
“Oh no! Tonight!” Tegas doktor.
“Hmmph… ni mesti kena operate,” saya memberikan andaian.

Benar, malam itu juga saya dibedah kerana appendix. Dah bengkak, tapi mujur tak pecah.

Kesannya pada homestay?

Sebelum dibedah, saya hanya sempat siapkan 2 bilik sahaja yang memuatkan 2 katil queen + 1 katil bujang. Maka, memandangkan bilangan bilik telah berkurang (asalnya 3), maka saya mengurangkan kadar sewa kepada RM150/malam sahaja.

Sekarang sudah 1 minggu dibedah, luka pembedahan dah ok, tapi masih tak boleh lasak. Saya tak pasti bila boleh buka bilik yang lain. Mungkin ambil masa sikit hingga saya betul-betul sihat.

Ala kulli hal, saya mengalu-alukan kedatangan team Saifulislam.com yang telah sudi menginap di homestay ini sejak semalam dan seterusnya menjadi tetamu pertama Homestay al-Hasanah. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

This entry was posted in Berita Homestay al-Hasanah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s