Homestay al-Hasanah akan dibuka di Bertam, Pulau Pinang

Sekarang ni saya sedang siapkan rumah di Taman Bertam Permai untuk dijadikan homestay. Bulan ni nak godam rumah tu habis-habisan. Target, sebelum hujung bulan ni, rumah tu mesti dah siap untuk disewa.

Ada sesiapa yang nak buat kenduri-kendara atau melancong di Bertam/ Kepala Batas/ Seberang Perai Utara/ Butterworth/ Penang ke cuti sekolah bulan  6 ni? Hah, kalau ada masalah tempat tinggal, jemputlah menginap di Homestay al-Hasanah

Ciri-ciri:

– Rumah teres 1 tingkat yang luas (kira-kira 22 x 90 kaki)
– Tempat meletak kereta berbumbung & berpagar untuk 2 biji kereta
– 3 bilik tidur & 2 tandas ( + water heater)
– Ruang tamu berhawa dingin (aircond 1.5 hp, sejuk tuuu) + 1 ruang tengah (kosong)
– Bilik tidur utama berhawa dingin
– Bilik lain mempunyai kipas.
– Katil: 2 katil queen + 1 katil single + 5 tilam extra + 5 bantal extra (maksimum 10 orang)

Kemudahan lain:

– 2 helai tuala mandi disediakan. Sabun mandi & ubat gigi turut disediakan.
– perkakas memasak (dapur, periuk nasi, peti ais, blender)
– perkakas makan (pinggan, mangkuk, gelas, sudu, garfu)

(Mesin basuh automatik ada, tapi, dah tak automatik, hihi… bila habis basuh, kita kena picit sendiri supaya dia bilas, lepas tu, picit untuk spin pula. Eh, ok la tu kan!)

Kebanyakan perabut masih baru. Diulangi, BARU. Maksud baru ialah, baru je 2 minggu lepas beli! Jadi, siapa yang menyewa bulan Jun ni, untung laaa…

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil.

Macamana, ok tak? Kalau nak tempah kena bertindak segera.

Call/ SMS saya, Hasanah : 019-4003202

Sewa: RM200 satu malam

Check-in 2 petang, check-out 12 tengahari
– Kadar sewa ni adalah harga promosi/ pengenalan
– Diskaun 10% diberikan bagi sewaan antara hari Isnin hingga Khamis
– Diskaun 10% juga diberikan bagi sewaan melebihi satu malam (termasuk hari Jumaat, Sabtu & Ahad)

-hanya tempahan daripada muslimin & muslimat sahaja diterima.

Dua bulan lepas pernah ada satu bas… diulangi, SATU BAS rombongan kahwin dari Johor menginap di rumah ni… muat!

Hmm… saya ni pemegang amanah je, sebab rumah ni rumah pusaka. Dah lebih 2 tahun rumah ni hanya jadi istana singgah, jadi lebih baik saya ambil inisiatif jadikan homestay, ada lah juga duit belanja untuk anak-anak lima orang ni.

Ya Allah, berkati dan mudahkanlah usaha hamba-Mu ini. Ya Allah, jauhkanlah daku dari sebarang kesusahan, penipuan mahupun bencana dalam ikhtiar ini, amiin ya Rabb al-alamin…

This entry was posted in Berita Homestay al-Hasanah and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s