Selamat Datang

Selamat Datang ke Homestay al-Hasanah

Ruang tamu disejukkan oleh aircond 1.5hp. Sejuk!Master bedroom dilengkapi aircond dan bilik air + water heaterTempat letak kereta berbumbungpeta-homestay-bertam-nokiamaps-1

Jika anda ingin menghadiri kenduri-kendara, mempunyai urusan rasmi, menghantar anak ke IPT atau melancong di Bertam/ Kepala Batas/ Seberang Perai Utara/ Butterworth/ Penang menginaplah di Homestay al-Hasanah. 

Lokasi:

– Taman Bertam Permai, Kepala Batas, Pulau Pinang
– Berhampiran pekan Kepala Batas:
          – Kompleks Dato’ Kailan
         – Penang Golf Resort
         – Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
         – Insitut Latihan Perindustrian (ILP)
         – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (IPPT, USM)
         – MRSM
         – Dewan Millenium
         – Hospital Kepala Batas
         – 4 minit dari exit Bertam/ Kepala Batas PLUS highway.
– Bandar berhampiran: Butterworth, Sungai Petani
– 25 minit dari Jeti Butterworth / Terminal Feri ke pulau.
– 30 minit dari Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia
– 40 minit dari Airport Bayan Lepas

Ciri-ciri:

– Rumah teres 1 tingkat yang luas (kira-kira 22 x 90 kaki)
– Tempat meletak kereta berbumbung & berpagar untuk 2 biji kereta
– 3 bilik tidur & 2 tandas ( + water heater)
– Ruang tamu berhawa dingin (aircond 1.5 hp, sejuk tuuu) + 1 ruang tengah (kosong)
– Bilik tidur mempunyai kipas
– Katil: 2 katil queen + 1 katil single + 5 tilam extra + 5 bantal extra (cukup untuk 10 orang tetamu)

Kemudahan lain:

– 2 helai tuala mandi disediakan. Sabun mandi & ubat gigi turut disediakan.
– perkakas memasak (dapur, periuk nasi, peti ais)
– perkakas makan (pinggan, gelas, sudu, garfu)

(Mesin basuh automatik ada, tapi, dah tak automatik, hihi… bila habis basuh, kita kena picit sendiri supaya dia bilas, lepas tu, picit untuk spin pula. Eh, ok la tu kan!)

Tempahan:

Call/ SMS Hasanah : 019-4003202

Sewa: RM200 satu malam

– Check-in 2 petang, check-out 12 tengahari
– Diskaun diberikan bagi sewaan melebihi satu malam
– Hanya tempahan daripada muslimin & muslimat sahaja diterima (berkeluarga atau sama jantina sahaja). Percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah diharamkan.